25 March 2011

Rindukan kamu...

"..jika diari bisa membuat mu tenang, aku rela jadi pena nya, jika desiran bayu bisa membuatmu nyaman, aku rela jadi angin nya, dan jika tangisan bisa membuatmu damai, aku rela jadi airmata nya..."
Untuk kamu yang aku sangat rindui..

22 March 2011

Lagu yang menusuk jiwa..



Tersentap hati bila dengar lagu-lagu dari album terbaru Band Indonesia, Kangen Band.

Bukan apa, memang menepati cita rasa bagi orang macam aku ni la, yang sekarang tengah duk masih melara hati dengan seorang chikaro.

Kebanyakan lagu-lagu diorang memang berentak indie tapi catchy dan berunsurkan rock jiwang.

Aku kalau lagu-lagu macam ni boleh la layan jugak tapi kalau hard rock sangat memang barai la kepala aku, tambah-tambah pakai earphone plak kan, pehh! pening macam pekena pil kuda..

Kalau korang nak download lagu die boleh pergi link ni. Tajuk album terbaru dia nama Jangan Bertengkar Lagi. tengah hit kat indonesia sekarang. tu kalau ikut ranking website tu la. kat indon sendiri tak tahu la pulak.

Ni salah satu lirik dari lagu-lagu yang ada dalam album tu. layannn...




Kangen Band - Sampai Langit Tertutup

sesungguhnya aku sangat mencintai kamu
dan di jantungku terbingkai indah namamu
telah aku coba untuk melupakan kamu
dan ku coba lagi tapi ku tak bisa

* aku yang tak mampu hidup tanpa kamu
karna kamu adalah wanita yang ku mau

reff:
sampai kapan pun akan ku tunggu kepulanganmu
sampai langit menutup dan maut pun menjemput
sampai mati pun akan ku tunggu kedatanganmu
karna ku tak mampu arungi hidup tanpamu

repeat *
repeat reff [2x]

Cintaku tertinggal di Highbury, London

haihh! bila la boleh pergi Emirates stadium London gamaknya..nak pergi sekarang tengah belajar lagi..cuti semester nanti nak buat short semester pulak, alamatnya pendam jela rasa rindu nak merasa pergi Emirates stadium..

memang spesel bagi die-hard fans Arsenal macam aku, tak sah kalau tak pergi stadium tengok secara live..bak kata orang tak true la kan..tapi nak buat macam mana, dah jodoh takdak, untung-untung, kalau ada masa boleh pergi jugak jika diizinkan-Nya..

harap-harapla Fabregas akan kekal sebagai 'skipper' Arsenal untuk beberapa tahun lagi..aku bangga punya kapten macam die, tapi hati dia tu main bola macam kurang keikhlasan je...walaupun semua orang tahu die ade menyatakan hasrat untuk balik ke kampung asal nya Barcelona, namun sebagai pemain professional susahla kalau asyik injured dan kurang komitmen kan..hurmm ntahlah..tak paham sudah..

kalau kita imbas balik sejarah Arsenal kita boleh berbangga dengan pencapaian itu, cuma sejak beberapa tahun ni Arsenal dilihat kurang menyerlah dari segi pungutan piala baik domestik ataupun luar negara..Arsenal menjadi kelab elit satu-satunya mencipta sejarah dengan tidak mengalami satu kekalahan pun semasa persaingan liga England 2003-2004. pada waktu tu aku tengok pemain Arsenal semua memang boleh cop sebagai legend lah termasuk Henry, Patrick, Emmanuel Petit dan lain2. tapi sekarang sejarah tu masih terpahat  dan takda sapa boleh celen walaupun Manchester United atau Barcelona..hehe.

biar jelah, sejarah akan jadi sejarah, yang penting semangat dan kezaman Arsenal sekarang yang perlu dikuatkan untuk berusaha dapat piala paling berprestij England, EPL Championship. Go The Gunners!.=)

20 March 2011

cinta yang sakit



..cinta dari langit..


haahhh!.. malam ni malam yang agak paling sedih bagi aku dari2 hari2 sedih aku yang lain.

entah macam mana aku pergi mesej ko balik, padahal aku memang aku tahu tu hanya akan buat hati aku bertambah sakit je.

bak kata geng facebook aku , malam ni hati aku jadi hati pisang sikit..hanya kerana perempuan hati aku jadi macam ni..uhh!

..cinta tahap nak gantung diri, ohh sakitnya..

aku harap ko akan bahagia bila hati ko dah terbuka untuk lelaki pilihan ko. hanya doa dan harapan je yang aku boleh ukirkan dalam hati aku untuk ko..

..aku doakan ko bahagia..T.T

sekian, wahai cinta yang sakit...

06 March 2011

English Premier League Result : Arsenal 0 - 0 Sunderland - ulasan.

Aduhh! kempunan jugakla arsenal untuk merapatkan mata dengan pendahulu manchester united dengan satu mata...memang tadi game yang sangat tough bagi arsenal ditambah pulak dengan keeper sunderland yang sangatlah perform malam ni...gua pon xtawu la tiap kali maen ngan arsenal mesti keeper perform..kalau maen dengan team2 lain berterabur abehh..tgk keeper birmingham malam ni sudah...hurmm.,

arsenal pon bagus keeper die..banyak jugak la save bola..memang betul kata jurulatih keeper arsenal, kalau szecsney berusaha keras lagi maka nescaya dia akan pakai jersey nombor 1 arsenal...xpayah duk perabihh boraihh ehh beli keeper lain..fantastic play untuk beliau malam ni...bendtner plak aku gua tgk macam berterabur gak malam nihh..xpaham la kenapa dengan die ni...masa maen FA cup haritu kemain perform, dapat Hat-trick cakap engkau...malam ni agak hambar di depan pintu gol...aku rasa xde on target pon shoot bendtner tadi..hurmmm...

"aku takleh score, malunyee..".
- credit to soccernet.com

ape-ape pon perjuangan harus diteruskan..game lepas ni lagi tough..

8 March - Barcelona vs Arsenal di Camp Nou - round of 16 second leg
12 March - Manchester United vs Arsenal di Old Trafford - Quarter final FA cup

so lepas ni harap2 team Arsenal improve lagi game play dan berjaya memintas Man u, layak ke suku akhir UEFA Champions League dan layak ke separuh akhir FA cup...aminn..=).peace!.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...