22 March 2011

Cintaku tertinggal di Highbury, London

haihh! bila la boleh pergi Emirates stadium London gamaknya..nak pergi sekarang tengah belajar lagi..cuti semester nanti nak buat short semester pulak, alamatnya pendam jela rasa rindu nak merasa pergi Emirates stadium..

memang spesel bagi die-hard fans Arsenal macam aku, tak sah kalau tak pergi stadium tengok secara live..bak kata orang tak true la kan..tapi nak buat macam mana, dah jodoh takdak, untung-untung, kalau ada masa boleh pergi jugak jika diizinkan-Nya..

harap-harapla Fabregas akan kekal sebagai 'skipper' Arsenal untuk beberapa tahun lagi..aku bangga punya kapten macam die, tapi hati dia tu main bola macam kurang keikhlasan je...walaupun semua orang tahu die ade menyatakan hasrat untuk balik ke kampung asal nya Barcelona, namun sebagai pemain professional susahla kalau asyik injured dan kurang komitmen kan..hurmm ntahlah..tak paham sudah..

kalau kita imbas balik sejarah Arsenal kita boleh berbangga dengan pencapaian itu, cuma sejak beberapa tahun ni Arsenal dilihat kurang menyerlah dari segi pungutan piala baik domestik ataupun luar negara..Arsenal menjadi kelab elit satu-satunya mencipta sejarah dengan tidak mengalami satu kekalahan pun semasa persaingan liga England 2003-2004. pada waktu tu aku tengok pemain Arsenal semua memang boleh cop sebagai legend lah termasuk Henry, Patrick, Emmanuel Petit dan lain2. tapi sekarang sejarah tu masih terpahat  dan takda sapa boleh celen walaupun Manchester United atau Barcelona..hehe.

biar jelah, sejarah akan jadi sejarah, yang penting semangat dan kezaman Arsenal sekarang yang perlu dikuatkan untuk berusaha dapat piala paling berprestij England, EPL Championship. Go The Gunners!.=)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...