28 April 2011

Kisah aku di masa kecil : Part 1

duduk di beranda rumah tetiba teringat kisah masa kecik-kecik dulu, tapi takdela sebutir-sebutir aku ingat.

dulu aku pernah kemalangan, yang pertama jatuh basikal. yang ngerinya kaki aku masuk dalam lidi basikal tu, akibatnya belakang tumit kaki aku terbelah dan berdarah. memang suspen gila, bapak sedara aku yang ade sekali punyala cuak gila bila tengok darah memercik di basikal gitu. aku lagi la, siap jerit-jerit tak tahan sakit. biasala budak-budak dulu kan.

 yang kedua aku tengah duk maen syok2 dengan kawan, maen sorok-sorok dalam bahasa inggeris orang panggil hide and seek(sembunyi dan cari). aku duduk la tepi pokok nenas, biasala budak-budak dulu kecik lagi, sembunyi kat pokok nenas pun orang tak nampak dah. tetiba prapp!! tangan aku terpijak kaca mentol bulat warna putih tu. entah haram jadah mane pergi letak situ pulak. akibatnya kulit bawah jari ibu aku terkoyak dan darah mengalir deras sampai ke siku. tang tu jugak ayah aku bawak g klinik. dua tiga hari tak pergi sekolah, yela camane aku nak menulis kalau tangan ni berbalut. tangan kanan pulak tu..

 memang kenangan ni paling tak boleh dilupakan. ade banyak lagi.

tunggu part 2 pulak.

arsenal oh arsenal

harapan untuk dapat piala liga nampaknya semakin tipis, ape tak tipisnya sembilan mata dibelakang manyu dan tiga mata dibelakang chelshit! eh silap, chelsea..

cakap hal-hal belakang gini buat aku down ni sampai rasa nafsu nak menulis pun jadi down habis. pheww~

ehemm ehemm, tapi nak buat macam mane kan, dah nasib lagu tu, memang cerah sebenarnya peluang arsenal untuk menang dulu tapi dek kerana ketumpulan dan kebangangan barisan pertahanan menyebabkan kekalaan dan keserian. contoh game terdekat lawan spurs, newcastle, liverpool. malas nak cerita panjang-panjang, takut lepas down nanti jadi demam pulak.



tunggula setahun lagi..dan aku akan membuat pengakuan sikit.
"KALAU SEANDAINYA ARSENAL GAGAL JUGAK DAPAT SEBARANG PIALA MUSIM DOPAN,DEN MUNGKIN NAK TUKAR KELAB LAH..KELAB BELALANG FC PULAK!"

kadang-kadang

kadang-kadang hidup ni susah
kadang-kadang hidup ni senang

kadang-kadang kita rasa sedih
kadang-kadang kita rasa gembira

kadang-kadang orang suka kita
kadang-kadang orang benci kita

kadang-kadang kita nak sesuatu
kadang-kadang kita nak yang lain

kadang-kadang orang hargai kita
kadang-kadang orang ketepikan kita

kadang-kadang kita rasa disayangi
kadang-kadang kita rasa sunyi





itulah hidup..penuh dengan kadang-kadang

07 April 2011

Benda Paling Best Dalam Hidup Student IPT

dalam hidup ni memang banyak gila cabaran, sampai otak pun dah nak dekat jadi gila. dan cabaran tu jugak ade dalam setiap orang tak kira lelaki ke perempuan di IPT. jadi bagi gua la kan, benda yang paling best dalam hidup student Ipt adalah???

ape lagi kalau tak BALIK KAMPUNG!!!.

gua tahu mesti ramai yang dah balik, baru balik, baru nak naek bas, baru sampai umah. tapi gua dengan rasa sedih dan pilu nak cakap, yang gua dah beberapa bulan tak balik. rindu la woi!.

"kan best kalau universiti tu depan umah je..." ayat ni selalu diperkatakan dan diperkotak katik kan oleh student, tapi gua tahu mesti orang yang baca ni setuju sangat kalau universiti tu elok bebeno buat depan umah je. kalau tak setuju tu kemungkinan keluarga lu ade krisi keretakan kasih sayang tu.

terfikir dalam hati bila la nak abih semester nih, cuti 4 bulan ni memang gua gomol habis habisan. tunggulah!.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...